Assalamualaikumm...
Saya bukanlah doktor dan yang layak bercakap mengenai bab2 kesihatan ni.Cuma harini saya rasa nak share mengenai bab kesihatan ini berdasarkan pengalaman dan perjalanan saya untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yg telah saya alami...Sebenarnya saya agak kurang gemar dengan penggunaan ubat2an alopati..sebolehnya saya cuba elakkan utk mkn ubat2 ni dan cuba cari jln alternatif jika sedang sakit kecuali la kalau ianya terpaksa,saya tidak menolak alopati sebagai salah satu ikhtiar utk sembuh
Tak tahu kenapa,tiba2 jer 2 3 minggu lepas saya menghadapi masalah sembelit yg agak dasyat huhu..biasalah bila datang jer masalah ini memang akan buatkan kita tak selesa dll...masa tu badan saya betul2 tak sedap..rasa nk muntah la nk demam la angin banyak la,dan yg paling sadisnya jerawat pn dah mula keluar 2 3 ketul..sebabnya mungkin banyak toksin yg sepatutnya dikeluarkan dalam badan tapi tak keluar ..
Saya cuba macam2 nk atasi masalah ini ,antaranya minum air banyak ..sampai dh tak larat nk ulang alik ke toilet..kadang selang 10minit asyik ke toilet..huh!! memang xlarat..tapiii....masalah saya tak juga selesai ...
Pastu saya makan buah2an pula..tetap sama..huhu
Lepas tu baru saya teringat ada jus delima gulsan pemberian kwn suami yg masih belum digunakan lagi..Saya terus amalkan jus tu waktu pagi dan malam..Alhamdulillah nampk la sikit perubahan walaupun sebenarnya 'penderitaan' itu masih ada huhu.
Akhirnya saya beli kapsul minyak zaitun minsyam telan sebijik sebelum tidur selepas minum jus delima...Alhamdulillah keesokkannya "sistem penghadaman" saya ni pulih sedia kala juga hari2 selepasnya..
Minyak zaitun dan delima ini bukan sahaja makanan sunnah malah mengandungi banyak khasiat dan kelebihannya..selain melancarkan sistem penghadaman,ianya juga boleh melancarkan perjalanan darah,mengelakkan sel kanser utk aktif,menyeimbangkan hormon,baik utk jantung,awet muda dan banyak lagi..Tidak rugi jika kita mengamalkannya krn ianya bukan sahaja byk khasiat,murah dan senang didapati ianya juga makanan pilihan yg diceritakan didalam alquran :)