nuffnang adds

Sabtu, 21 Jun 2014

Home Organizing: Hadiah Hari guru

Assalamualaikum..

Guru ibarat lilin yang menerangi kegelapan...dari guru lah lahirnya ulama,menteri,doktor,jurutera dll...sebab tula bila sampainya tarikh 16MEI setiap tahun,Malaysia akan menyambut HARI GURU bagi menghargai dan memperingati pengorbanan insan2  yang bergelar GURU...

Terima kasih buat guru-guru saya dari hadhonah,sekolah rendah,sekolah menengah dan hinggalah universiti kerana tidak jemu mencurahkan segala ilmu,berkorban masa dan tenaga demi melihat anak didiknya ini berjaya..

Dan guru terbaik saya tentulah bonda dan ayahanda..Terima kasih mak dan ayah diatas segala pengorbanan,tarbiyah dan kasih sayang yg dicurahkan demi melihat kami berjaya didunia dan akhirat.."Robbirfirli waliwalidaiya warhamhuma kama robbayani soqiro"..ameen


Kerjaya mak dan ayah sememangya seorang guru...bila sampai jer hari guru memang akan balik dengan bertong2 hadiah...memang seronok bila dapat hadiah...tanda ingatan dan  kasih seorang pelajar..

tapi masalahnya bila dh banyak sampai tak tahu dah nk letak mana,tambah lagi adik yg tinggal bersama  mak ayah juga seorang guru..maka....bertambah lagi la hadiah2nya..pening juga dibuatnya..








Tapi alhamdulillah seronok sangat hehe masalah 'lambakan' hadiah dapat diselesaikan bila minggu lepas saya jumpa tempat hiasan kaca  lama yg dh tak digunakan lagi distor rumah..tempat tu sebenarnya masih elok lagi cuma pecah jer la sikit dekat bahagian atasnya..jadi saya keluarkan dari stor terus basuh dan cucinya..









Sebahagian Hadiah dalam kotak dikeluarkan..hadiah2nya cantik...sayang kalau 'disemadikan' selamanya dalam kotak hii









Bermulalah proses susun menyusun...







   Akhirnya...selesai alhamdulillah !!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan