nuffnang adds

Khamis, 4 Julai 2013

Tarbiyah: Ujian Sebuah Perjuangan..










Hari ini dunia dikejutkan dengan berita perlucutan Dr Morsi sebagai presiden mesir yang di umumkan oleh menteri pertahanan Mesir dan pemerintahan mesir diambil alih tentera.Namun ramai yang menyebut bahawa pergulingan tersebut adalah dari tentera bukannya rakyat,dan kini siaran tv salafi(an-naas) digantung dari disiarkan,Dr Katatni presiden FJP ditangkap dan sekarang,Ketua mahkamah perlembangan,Adli mansur menjadi presiden mesir sementara.

Keputusan Tentera Mesir menghapuslan legitimasi majoriti rakyat Mesir kepada Mursi menjadi catatan suatu pengkhianatan terhadap sistem demokrasi Mesir.

Sayangnya dalam umur pemerintahan yang baru setahun jagung, perjuangan memulihkan stabiliti di bumi Kinanah tersebut terpaksa berhenti di tangan tentera.

Di lain sisi keputusan ini hanya menguntungkan golongan sekular dan liberal serta oportunis Mubarak yang tidak mahu menerima kenyataan demokrasi.

Sebagai seorang pemimpin yang memahami permainan politik, beliau merasakan bahaya sedang mengancam masa depan Mesir.

Ada pihak-pihak yang selama ini ditakutkan akan mencuri revolusi dan kini ada bersama barisan rakyat yang menginginkannya jatuh.

Sebagai menzahirkan kecintaannya pada rakyat Mesir, Dr. Mursi sempat menyampaikan beberapa pesanan dan berkaitan keputusan Tentera.

Berikut adalah ringkasannya:

1. Saya adalah Presiden yang sah dan rasmi, dipilih terus oleh rakyat pra/pasca junta Tentera.

2. Saya tetap menyeru agar stabiliti dan keamanan negara tetap dijaga

3. Saya menyeru kepada semua agar tidak bertikai dan menumpahkan darah sesama kita.

4. Revolusi kita (25 Januari) telah dirompak oleh rejim lama dan pembangkang

5. Beberapa langkah telah ditawarkan untuk melengkapi tujuan revolusi dan diantaranya adalah dialog. Tapi ditolak mentah-mentah

6. Ini adalah satu komplot untuk mencuri Revolusi kita yang murni (25 Januari) agar kita kembali ke awal era Mubarak dan mengabaikan semua pencapaian revolusi.

7. Saya katakan bahawa kita perlu segera melaksanakan Pilihanraya Legislatif yang jujur dan adil dengan pengawasan Tentera dan Kementerian Dalam Negeri.

8. Revolusi 25 Januari itu keinginan rakyat, bagaimana pula keinginan tersebut di lupakan hanya dalam masa setahun?

9. Jika ini dibiarkan, undang-undang akan selalu dilanggar.

10. Kita semua mencintai Mesir. Saya katakan sekali lagi, tidak ada pengganti bagi undang-undang yang sah.

11. Saya akui adanya penolakan besar, tapi saya juga melihat adanya dokongan kuat yang mendukung bagi legitimasi undang-undang.

Ini adalah ringkasan pesanan Presiden Mursi pasca keluarnya kenyataan Tentera Mesir.


(Ketahuilah bahawasanya Allah sentiasa bersama orang2 yg menegakkan kalimah Allah,Teruskan berjuang demi menegakkan islam!!)Sumber: http://www.sinaimesir.net/2013/07/pesan-dr-mursi-pasca-kudeta-militer_3.html


KRONOLOGI PERGOLAKAN DI MESIR






KRONOLOGI PERGOLAKAN DI MESIR]

22 November 2012 | Khamis :

Dr Morsi telah membuat 6 keputusan besar yang menakutkan saki baki rejim Mubarak dan sekular serta
 anti Islam :

1) Memutuskan semua kes-kes mahkamah berkaitan pembunuhan penunjuk perasaan dibicarakan semula.

2) Semua keputusan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Presiden adalah muktamad dan automatik terlaksana serta tidak boleh dibantah di mana-mana mahkamah.

3) Apabila terdapat anasir yang mengancam Revolusi 25 Januari atau kehidupan rakyat atau kesatuan negara atau keselamatan tanahair atau merosakkan institusi negara dari meneruskan tanggungjawabnya, maka Presiden perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi berhadapan ancaman ini berdasarkan lunas undang-undang.

4) Melanjutkan tempoh bagi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dari 6 bulan kepada 8 bulan dan tidak boleh mana-mana pihak membubarkan Dewan Senat atau Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan.

5) Presiden berhak melantik Peguam Negara dari kalangan anggota badan kehakiman selama 4 tahun yang dikira bermula dari tarikh perkhidmatannya dan meletakkan syarat umurnya tidak kurang 40 tahun dan ia berkuatkuasa kepada Peguam Negara yang baru.

6) Mursi melantik Tala'at Ibrahim Muhammad Abdullah sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Abdul Majid Mahmoud selama 4 tahun.

#Jika diamati, keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh Dr Morsi adalah bertujuan untuk mengeluarkan semua saki baki fulul (pro rejim Mubarak) daripada 'membuat kacau' sekaligus menjaga revolusi 25 Januari.


23 November 2012 | Jumaat:

- Berlaku Dua perhimpunan utama di Kaherah selepas Solat Jumaat iaitu antara penyokong dan pembangkang keputusan Presiden Mursi. Kumpulan rakyat yang menyokong keputusan Mursi telah berhimpun di hadapan Istana Ittihadiyah dan Kumpulan rakyat pembangkang Mursi pula berhimpun di dataran Tahrir.

- Jumlah mereka yang berhimpun yang menyokong keputusan Dr Mursi jauh lebih ramai berbanding mereka yang membangkang.

- Dr Morsi menjelaskan sebab beliau menggunakan kuasa istimewa Presiden Republik adalah bertujuan untuk menyekat ancaman-ancaman dan perancangan jahat fulul saki baki rejim Mubarak.

- Dalam masa yang sama, pembangkang Morsi terus menerus menggelar Dr Morsi sebagai "Diktator" , "bayangan Mubarak" dan lain-lain gelaran melalui lidah-lidah akhbar mereka.

- Antara laungan yang kedengaran dari pembangkang Dr Morsi ialah "Jatuh, jatuh kerajaan Mursyid" (Mursyid merujuk kepada Syeikh Badi', Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin)

- Pejabat-pejabat rasmi Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dan Pejabat Ikhwan Muslimin mula menjadi sasaran. Pejabat FJP Cawangan Iskandariah diserang dan dibakar oleh kumpulan Pejuang Kebebasan Arab Mesir yang anti Islam dan anti Ikhwan Muslimin. (sebahagian besar ahli dan petugas Ikhwan Iskandariah ketika itu menghadiri himpunan di kediaman Mursi di Istana Ittihadiyah, Kaherah)

- Dr.Mohammad Mahsub (Menteri Undang-undang Mesir) mengulas mengenai tindakan kumpulan yang menentang keputusan Dr Mursi sekalipun keputusan tersebut membawa kebaikan kepada negara dan rakyat. Kumpulan penentang ini masih menganggap diri mereka pembangkang kerana berada di bawah rejim Mubarak terlalu lama.

katanya lagi "Rakyat Mesir hidup terlalu lama dalam kezaliman, lebih 30 tahun. Waktu itu mereka adalah pembangkang kepada kerajaan. Hari ini, mereka terus menganggap diri mereka pembangkang kepada kerajaan Mursi sedangkan Mursi telah memberikan peluang kepada semua lapisan masyarakat dan parti politik..Dalam Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, dalam Parlimen."


24 November 2012 | Sabtu :

- Siri-siri serangan ke atas pejabat FJP terus berlaku.

- Pejabat Ikhwan Muslimin di 'Ain Syams diserang dengan molotov oleh pihak yang tidak diketahui yang menyebabkan kebakaran pada pejabat tersebut. Penduduk tempatan berusaha memadamkan kebakaran.

- Pejabat FJP di Jalan Jisr Suez, Alfu Maskan kira-kira 500 meter dari pejabat Ikhwan yang dibakar sebelum itu turut diserang.

- PORT SAID, beberapa orang pemuda dari Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) menyerang pejabat FJP wilayah.

- Di Damanhur, wilayah Buhaira para penyokong Mursi berjaya memberkas 5 orang kumpulan samseng upahan membawa senjata tajam dan molotov cuba menyerang Pejabat Ikhwan Muslimin wilayah

- Abul 'Izz Hariri, seorang Ahli Parlimen Mesir dari Parti Sosialis Rakyat, berhaluan kiri telah ditangkap sewaktu membayar upah kepada kumpulan samseng bagi membakar pejabat dan markaz Ikhwan Muslimin di Iskandariah.
Beliau antara 13 calon yang bertanding Presiden Mesir pada pusingan pertama semasa Pilihanraya Presiden yang lalu.

- Peguam Negara yang baru, Tala'at Ibrahim memulakan tugas hari pertama hari ini, Sabtu dengan pertemuan dengan anggota Jabatan Pendakwaraya Negara. Beliau berjanji akan kembali membicarakan Mubarak serta orang kanannya terdekat di "mahkamah revolusi".

Selepas pelantikan Peguam Negara baru Khamis lalu, kerajaan Mesir menyenaraikan nama-nama kroni Mubarak serta bekas-bekas menteri dalam senarai mereka yang dilarang ke luar negara.

- sekumpulan pemuda dipercayai dari Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) dan gerakan kebangsaan menyerang pejabat Ikhwan Aswan. Mereka memecahkan pintu pagar besi bangunan dan mengoyak poster dan iklan yang ditampal sambil melaungkan cercaan kepada Ikhwan dan parti FJP.

- Pusat Operasi laman web Ikhwanonline diserang dan dibakar menyebabkan kemusnahan kepada pintu masuk pejabat

- Kelab Hakim wilayah Iskandariah memutuskan untuk menggantung kerja di semua kompleks hakim di Iskandariah sebagai protes keputusan Mursi.

- Kelab Hakim Mesir sekarang mengadakan Mesyuarat Khas Tergempar bagi membincangkan keputusan Presiden Mursi Khamis lepas.

- Puluhan anggota parti aliran sekular/liberal dan gerakan kebangsaan meneruskan perkampungan di Tahrir meminta Mursi menarik balik keputusan yang dibuatnya Khamis lalu.


25 November 2012 |Ahad :

- GAGAL! Walaupun Kelab Hakim Mesir mengumumkan untuk menggantung kerja di seluruh kompleks mahkamah di Mesir sebagai bantahan keputusan Presiden Dr.Mursi, hakikat yang berlaku pada hari ini agak berbeza.

- Keputusan yang diumumkan oleh Presiden Kelab Hakim Mesir, Ahmed Az-Zindi (yang terkenal dengan orang Mubarak) semalam yang mengugut jika Mursi meneruskan keputusannya, seluruh hakim dan peguam akan memulakan mogok seakan-akan tiada sambutan dengan, para hakim dan kakitangan pendakwaraya di wilayah-wilayah menjalankan tugasan seperti biasa hari ini.

- Ratusan peguam berhimpun di hadapan Kompleks Mahkamah Iskandariah menolak keputusan Kelab Hakim wilayah tersebut.

- Mereka turut mengecam Az-Zindi yang bagi mereka adalah 'tali barut' kepada Mubarak dan bekas Peguam Negara, Abdul Majid Mahmoud. Turut dikecam pendirian Presiden Kelab Peguam Mesir, Samih 'Asyur yang turut menyokong pendirian Az-Zindi.

- Islam Mas'oud berumur 15 tahun, telah dibunuh oleh samseng yang dibayar ketika mempertahankan markaz Ikhwan Muslimin di Damanhur. Terdapat lebih 60 kecederaan. Selama dua hari berturut-turut ketika serangan berlaku, tiada langsung kawalan daripada pihak keselamatan.

- Puluhan ribu rakyat Mesir keluar ke jalan-jalan raya selepas Isyak bagi menyokong keputusan yang dibuat oleh Presiden mereka, Dr.Mursi, Khamis lepas.

- lebih 10,000 rakyat keluar berhimpun di Iskandariah di halaman Masjid Qaid Ibrahim dan mengecam tindakan kumpulan samseng yang membakar Pejabat FJP Iskandariah (Jumaat lalu), yang terletak dekat masjid tersebut


26 November 2012 | Isnin :

- Pemimpin beraliran sekular Mesir, Dr.Mohammad Barad'ie semalam meminta Amerika masuk campur bagi menghalang Presiden Dr.Mursi meneruskan keputusannya Khamis lalu

- Dr.Mohammad Barad'ie antara pengasas Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) yang kini pemuda mereka menggunakan kekerasan dan membakar pejabat Ikhwan di seluruh negara.

- Pejabat Utama Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di Jalan Al-Bahr, bandar Tanta hari ini pula diserang dengan batu oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali antara 40 hingga 50 orang.

- Pakatan kumpulan Islam (Gabungan Ikhwan Muslimin, parti FJP, Parti Nur, Jamaah Islamiyah dan Gerakan Salafiyah) yang bercadang mengadakan himpunan menyokong Mursi esok di hadapan Universiti Kaherah memutuskan untuk menangguhkan himpunan kepada satu tarikh yang belum ditentukan setelah melihat situasi politik semasa yang melanda negara.

- Gabungan kebangsaan Mesir bersama-sama parti-parti politik beraliran sekular dan liberal tetap meneruskan himpunan di dataran Tahrir.Mereka telah berkampung di Tahrir sejak Jumaat lepas dan bilangan penyokong mereka dijangka bertambah.


27 November 2012 | Selasa :

- Hamdin Sobahi berkata, parti-parti sealiran dengannya akan berkampung dan meneruskan tekanan serta protes sehingga Mursi 'kembali berundur' dengan membatalkan keputusan yang dibuatnya Khamis, 22 November lepas.

- Malam, berlaku pertempuran yang dahsyat antara pemuda Ikhwan Muslimin dengan kumpulan samseng di bandar Mahalah Kubra, wilayah Gharbiyah.

- Dilaporkan Seramai 200 pemuda Ikhwan Muslimin Muhafazah Gharbiyah mengalami kecederaan, dan dikatakan 4 daripada mereka mengalami kecedaraan yang kritikal.

- Serangan dilakukan oleh samseng upahan fulul Parti Watan dan dari sebahagian golongan kiri revolusi Mesir yang diketuai oleh Hamdy Fakhrani. Serangan dilakukan ke atas Markaz Ikhwan Muslimin dan Markaz FJP bandar Mahalla.

- Mangsa kecederaan kritikal dipindahkan ke Hospital Universiti Tanta, Hospital Mahalla Am, dan beberapa hospital swasta di bandar Mahalla.

- Dengan ketiadaan pasukan polis, pemuda pemuda Ikhwan Muslimin seakan menjadi perisai perisai hidup mempertaruhkan nyawa mereka untuk menjaga keselamatan ibu pejabat Ikhwan Muslimin dan FJP.


#Teruskan berdoa untuk kesejahteraan Mesir dan kepimpinan Dr Morsi dalam menegakkan Islam di bumi nil ini. Ini adalah perjuangan antara Islam dan Kuffar! antara Haq dan Bathil! Perjuangan ini tidak mudah, anak-anak fir'aun masih ramai berkeliaran membuat onar.

Mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang!

Sumber :
Abdul Malik
R.N.N
Ikhwan Online
Page FJParty
Page "Ikhwan Muslimin" Tarbiyah Jihad dan Dakwah
Page Ikhwan Muslimin
Page Ikatan Ikhwan Muslimin Sedunia

Rabu, 17 April 2013

ALLAH AL-KHALIQ


Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-'Alaq: 1-5) 










Isnin, 25 Mac 2013

HILANGNYA SEBUTIR MUTIARA..

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kematian seorang mujadid dan ulama islam bertaraf dunia yang amat dikagumi,Assyahid Alalamah Dr Saed Ramadhan Al-Bouty,beliau telah dibunuh ketika mengajar dimasjid iman,damsyik pada 21 mac 2013 oleh rejim Bashar Asad.Fadilatul syeikh telah dilahirkan pada tahun 1929 di perkampungan Ayn Dewar,di utara syria dan ada pendapat mengatakan beliau lahir diturki dan bersama2 keluarganya melarikan diri dari penindasan kemalist dan mencari perlindungan di damsyik pd usia 4 tahun.Beliau juga merupakan salah seorang anak didik Syeikh Hasan Habanakah,seorang ulama besar syri., Pada tahun 1954, beliau pergi ke Kaherah untuk mengikuti pengajian ijazah pertama di Al-Azhar dan memperoleh doktor falsafah dari Fakulti Syariah.Kemudian kembali ke Damsyik selepas menerima ijazah dalam bidang undang-undang dari Fakulti Syariah Al-Azhar pada tahun 1955.Seterusnya mendapat Diploma Pendidikan dari Fakulti Bahasa Inggeris di Al-Azhar pada tahun 1956.Beliau fasih dalam bahasa Turki, Kurdish, serta bahasa Arab dan juga dapat menguasai Bahasa Inggeris.Beliau telah dilantik sebagai pensyarah di fakulti Syariah di Universiti Damsyik pada tahun 1960 seterusnya Beliau pergi ke Universiti Al Azhar untuk doktor dalam Syariah dan menerima PhD pada tahun 1965. Kemudiannya mula bekerja sebagai seorang pengajar Universiti Damsyik pada 1965 dan kemudian menjadi Dekan Fakulti Syariah di universiti yang sama 1977-1983 [4].Dr Bouty adalah salah seorang ahli Yayasan Aal al-Bayt untuk Pemikiran Islam di Amman, Majlis Tertinggi Akademi Oxford dan Penasihat Agung Majlis Yayasan tabah di Abu Dhabi.Sumbangan beliau kepada masyarakat islam amat banyak Dr Bouty juga telah menerbitkan hampir 60 buku dan penerbitan agama (dalam bahasa Arab). Di antara yg termashur ialah fiqh sirah yang menjadi rujukan seluruh dunia.Sesungguhnya Kematian beliau adalah kehilangan yang besar dalam dunia islam.Beliau merupakan seorang Mujaddid dalam Pemikiran dan Aqidah. Beliau adalah seorang Alim Rabbani yang berjuang membela Islam dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah berdekad lamanya di Mimbar Dimasyq dan Kuliah Syariah.masa hidupnya banyak dihabiskan dengan ilmu dan dakwah.Faktor usia tidak pernah menghalang beliau untuk menyumbangkan ilmu dan dakwahnya kepada masyarakat,disaat usia mencecah 80an,ramai yang lebih selesa untuk berehat dirumah bermain bersama cucu atau menghabiskan masa di kedai kopi bersama rakan.Namun tidak bagi Assyahid,jadualnya waktu padat dengan pengajian dimasjid2,sehingga akhir kematian beliau juga dipilih Allah utk syahid bersama2 para pelajarnya ketika sedang menyampaikan kuliahnya dimasjid berkenaan Walaupun pandangan beliau agak berbeza dengan ulama yang lain dengan isytihad nya tersendiri ketika bermulanya kebangkitan rakyat syria pd tahun 2011 menentang pemerintahan asad,namun di akhir hayatnya, Dr Bouty telah berpaling arah dan menyatakan kesediaanya untuk menyokong rakyat dalam revolusi mengguling pemerintahan Assad. Beliau juga telah merancang untuk keluar dari Syria bersama keluarganya. Perkara ini juga mungkin menjadi salah satu faktor pembunuhannya. Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkan beliau dikalangan para syuhada dan solehin..sesungguhnya beliau umpama mutiara yang sukar dicari ganti.Kehilangannya ditangisi dunia..

 

Jumaat, 22 Mac 2013

Mencari yang halal

Alhamdulilllah selama ini agak runsing juga utk membeli keperluan dapur yg betul2 mndapat pengikhtirafan halal diantaranya tepung gandum,selalunya hnya jenama cap sauh dan cap kunci paling byk dijual dikedai,sedangkan ramai yg tahu bahawa tepung tersebut mempunyai vitamin B1 bersumberkan babi serta menggunakan benzoyl peroxide sbgai peluntur utk memutihkan tepung,tapi baru2 ni saya ke giant utk membeli tepung gandum,gembira tidak terkira dan sgt2 bersyukur krn pertama kali saya dapat membeli tepung gandum faiza keluaran muslim yg memang semua sedia maklum bhawa syarikat tersebut telah diasaskan oleh puan faiza bawumi syed ahmad yg berasal dari mesir.sabda Rasulullah saw:"Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”.(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)