nuffnang adds

Isnin, 25 Mac 2013

HILANGNYA SEBUTIR MUTIARA..

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kematian seorang mujadid dan ulama islam bertaraf dunia yang amat dikagumi,Assyahid Alalamah Dr Saed Ramadhan Al-Bouty,beliau telah dibunuh ketika mengajar dimasjid iman,damsyik pada 21 mac 2013 oleh rejim Bashar Asad.Fadilatul syeikh telah dilahirkan pada tahun 1929 di perkampungan Ayn Dewar,di utara syria dan ada pendapat mengatakan beliau lahir diturki dan bersama2 keluarganya melarikan diri dari penindasan kemalist dan mencari perlindungan di damsyik pd usia 4 tahun.Beliau juga merupakan salah seorang anak didik Syeikh Hasan Habanakah,seorang ulama besar syri., Pada tahun 1954, beliau pergi ke Kaherah untuk mengikuti pengajian ijazah pertama di Al-Azhar dan memperoleh doktor falsafah dari Fakulti Syariah.Kemudian kembali ke Damsyik selepas menerima ijazah dalam bidang undang-undang dari Fakulti Syariah Al-Azhar pada tahun 1955.Seterusnya mendapat Diploma Pendidikan dari Fakulti Bahasa Inggeris di Al-Azhar pada tahun 1956.Beliau fasih dalam bahasa Turki, Kurdish, serta bahasa Arab dan juga dapat menguasai Bahasa Inggeris.Beliau telah dilantik sebagai pensyarah di fakulti Syariah di Universiti Damsyik pada tahun 1960 seterusnya Beliau pergi ke Universiti Al Azhar untuk doktor dalam Syariah dan menerima PhD pada tahun 1965. Kemudiannya mula bekerja sebagai seorang pengajar Universiti Damsyik pada 1965 dan kemudian menjadi Dekan Fakulti Syariah di universiti yang sama 1977-1983 [4].Dr Bouty adalah salah seorang ahli Yayasan Aal al-Bayt untuk Pemikiran Islam di Amman, Majlis Tertinggi Akademi Oxford dan Penasihat Agung Majlis Yayasan tabah di Abu Dhabi.Sumbangan beliau kepada masyarakat islam amat banyak Dr Bouty juga telah menerbitkan hampir 60 buku dan penerbitan agama (dalam bahasa Arab). Di antara yg termashur ialah fiqh sirah yang menjadi rujukan seluruh dunia.Sesungguhnya Kematian beliau adalah kehilangan yang besar dalam dunia islam.Beliau merupakan seorang Mujaddid dalam Pemikiran dan Aqidah. Beliau adalah seorang Alim Rabbani yang berjuang membela Islam dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah berdekad lamanya di Mimbar Dimasyq dan Kuliah Syariah.masa hidupnya banyak dihabiskan dengan ilmu dan dakwah.Faktor usia tidak pernah menghalang beliau untuk menyumbangkan ilmu dan dakwahnya kepada masyarakat,disaat usia mencecah 80an,ramai yang lebih selesa untuk berehat dirumah bermain bersama cucu atau menghabiskan masa di kedai kopi bersama rakan.Namun tidak bagi Assyahid,jadualnya waktu padat dengan pengajian dimasjid2,sehingga akhir kematian beliau juga dipilih Allah utk syahid bersama2 para pelajarnya ketika sedang menyampaikan kuliahnya dimasjid berkenaan Walaupun pandangan beliau agak berbeza dengan ulama yang lain dengan isytihad nya tersendiri ketika bermulanya kebangkitan rakyat syria pd tahun 2011 menentang pemerintahan asad,namun di akhir hayatnya, Dr Bouty telah berpaling arah dan menyatakan kesediaanya untuk menyokong rakyat dalam revolusi mengguling pemerintahan Assad. Beliau juga telah merancang untuk keluar dari Syria bersama keluarganya. Perkara ini juga mungkin menjadi salah satu faktor pembunuhannya. Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkan beliau dikalangan para syuhada dan solehin..sesungguhnya beliau umpama mutiara yang sukar dicari ganti.Kehilangannya ditangisi dunia..

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan