nuffnang adds

Isnin, 26 Mei 2014

Kitar Semula: Tin Susu


Assalamualaikum

Membaking adalah hobi yang paling saya suka walhal tak  makan banyak mana pun sebenarnya.Tapi rasa puas hati jika kek dihasilkan sendiri walaupun tidak setanding 'secret receipe' hehe sebabnya lebih yakin pd kebersihan dan kehalalan bahan yg digunakan..Selalunya adik2 la jadi mangsa utk dijadikan tester.Kalau sedap alhamdulillah,adala 'hamba Allah' yg akan request lagi lepas tu.Tapi kalau xjadi,7 hari 7 malam lah jadi 'bahan' dorang :(.....

















 Tapi bila dah membaking ni,banyak la susu tin yg digunakan.Sebelum ni habis jer susu,saya buang terus tin nya.Tapi bila difikirkan rasa sayang pula buang tin2 tu walhal boleh jer dimanfaatkannya dengan dikitar semula.






Jadi semua tin yang saya simpan,saya basuh dan buangkan pelekatnya dengan merendamkannya kedalam air sabun selama setengah jam supaya pelekatnya dapat ditanggalkan dengan mudah.






Salah satu tin yang saya simpan tu, saya jadikannya sebagai tempat letak berus dan ubat gigi.


Tapaknya dilubangkan supaya dapat memudahkan air mengalir darinya.Jika tidak dilubangkan, air akan bertakung dalam tin tu,boleh menyebabkan busuk dan hujung berus gigi cepat berwarna hitam



Hasilnya!!!!



Ok saya akui,saya masih malas nak mencantikkan tin tu hehe,mungkin nantila kot saya 'make up' sikit tempat letak berus 'baru' saya tu (hmm... kalau rajin..)





(Boleh kita ambik idea ni untuk mencantikkan tin yang dikitar semula ...)




Ahad, 25 Mei 2014

Home Organizing: Menyusun peti ais

Assalamualaikum..

Banyak2 tempat dalam rumah ni yg selalu saya 'anak tirikannya'  dari dikemas adalah...............
peti ais :) :)

 Malas nk organize peti ais sebabnya memang tak banyak barang dalam tu,Saya memang tak suka menyimpan banyak barang terutamanya makanan!!..lagipun cuma tinggal berdua jer dirumah so memang xboleh la nak simpan banyak2 takut xsempat nak habiskan dan akhirnya rosak macamtu jer...

Tapi bila lama2 tengok peti ais ni,memang nampak agak tidak kemas dan berserabut..Barang dalamnya sikit tapi bila nak tambah barang lain dah jadi tak  muat...sebab??? ....sebab tuan peti ais tu xsusun betul2 isi dalamnya kemas2 hehehe..

Jadi saya kemas dan susun atur balik peti ais dan isinya supaya lebih teratur dan kemas..





Sebelum....




Barang-barang disusun didalam bakul..


(sayur2an,bawang dan kentang disusun didalam bakul dan diletakkan pada bahagian paling bawah)

(shortening,jem dan coklat masakan disatukan dan diletakkan pd rak pertama)

(segala bekas bulat disatukan dan diletakkan pada rak kedua)





Selepas...



















(tingkat atas tetap kekal kosongnya hanya sebekas ayam,ais cube dan krim cheese shja hehe..)


Selasa, 20 Mei 2014

Tarbiyah : Kesan kecanggihan teknologi terhadap ukhwah dan silaturahim

Assalamualaikum...



harini saya jumpa kata-kata ni daripada Sheikh abdul Karim Omar Al-Fatani al-Makki...ianya sangat menyentuh hati saya...

Memang ini lah realiti yg berlaku kini.Semakin maju teknologi dunia semakin jauh manusia dari nilai kasih sayang dan ukhwah islamiah..

Benar!! teknologi tidak boleh dipersalahkan 100 peratus kerana ianya juga  telah banyak memberikan manfaat dan faedah kepada manusia..Namun apabila ianya disalahgunakan,akan memberikan kesan buruk bukan sahaja pada individu malah seluruh manusia sekelilingnya..

Teringat zaman kecil saya dahulu..Saat2 pulang ke kampung adalah saat2 yg amat dinantikan. Rasa tidak sabar bertemu saudara mara terutamanya sepupu sepapat..Main guli,masak2,beli2,congkak tanah,lawan lari,konda kondi,panjat pokok atuk adalah rutin wajib setiap kali pulang ke kampung..bertapa seronoknya ketika itu sambil melihat para ayah dan ibu sibuk menyembelih ayam dan kambing utk 'kenduri kecil' keluarga...

Sebelah malamnya,selepas mandi dan makan,anak2 berkumpul di anjung rumah sambil bercerita 'kisah fantasi' masing2..keadaan semakin gawat apabila ada bapa saudara yg tiba2 join tanpa diundang dengan membawa kisah2 hantunya dengan tujuan utk mengusik :)

Apabila tiba waktu berpisah,masing2 menangis kesedihan kerana sedih meninggalkan saudara masing2..Mula la menghitung waktu utk pulang ke kampung pd masa akan datang pula...


Namun....

Realiti sekarang tidak lagi sama seperti sekarang...Pulang ke kampung hanya selepas dipaksa oleh mak dan ayah...anak2 seusia 10 tahun sudah mempunyai tab masing2..Seusai sampai dikampung dan bersalaman,masing2 terus 'sibuk' dgn gadjet mereka.. hanya berkumpul didepan tv sambil sibuk menaip di tab tanpa menghiraukan org sekeliling,jauh sekali utk bermain congkak dan konda kondi..Nilai ukhwah,kasih sayang dan rindu semakin pudar hanya kerana sibuk melayan facebook,tweeter,wechat,wassaup dll,malah suasana 'gotong royong' didapur sudah semakin jauh dan pudar.Hanya para ibu yg sudah berginjak usia emas berhempas pulas didapur tanpa bantuan dari anak2 'dara' Terasa bagusnya apabila kartun upin dan ipin diperkenalkan kerana disitu banyak didedahkan suasana  yg semakin dilupakan kini..

Teknologi terkini tidak salah jika digunakan..namun jika tidak dikawal dengan sebaiknya akan memberikan kesan buruk yg besar pd manusia dan juga institusi kekeluargaan manusia...Ibu bapa sebenarnya harus memainkan peranan yg penting dalam mengawal penggunaan gadjet pd anak2 demi masa depan anak2 supaya dapat menilai dan merasai bertapa pentingnya nilai ukhwah dan silaturahim sesama manusia

Jumaat, 16 Mei 2014

Dessert :Pavlova

Assalamualaikum..

Pavlova adalah antara dessert kegemaran saya. Sgt sedap dan mudah nk membuatnya.Tapi selalunya lepas siap memang xpernah boleh disimpan lama sbb rasa dan tekstur dalamnya seakan2 mashmalow,sekali hadap sekejap jer dh habis :)..paling lama bertahan cuma setengah jam :)...cumanya, tak boleh la nk makan selalu sebab pavlova agak manis.. jadi...Prevention is better than cure :)


Nak berkongsi resepi pun rasanya dah banyak blog yg dah kongsi..So saya just nk kongsikan cara membuat pavlova secara umumnya..:)





 
bahan2 disediakan terlebih dahulu



hanya menggunakan 4 biji putih telur..



Telur putih yg bercampur dengan gula diputar hingga menjadi meringue



diputar hingga meringue tidak jatuh jika diterbalikkan



cuka dan tepung jagung dicampur kedalam meringue juga berperanan
menjadikan pavlova ranggup



adunan diletakkan didalam loyang



dibakar dalam suhu 160darjah celcius selama 60minit



Hasilnya!!......













Home Organizing:Cara melipat baju dengan mudah dan kemas

Dalam banyak2 kerja rumah,yang paling saya malas adalah melipat baju.Kadang2 baju sengaja tidak dilipat terus selepas diangkat diampaian walaupun mata sangat tak suka pada semak :)......

hinggalah saya mengoogle bagaimana cara melipat baju baju dengan mudah dan akhirnya pencarian mendapat jawapannya hehe...

iaitu....... 

menggunakan alat melipat baju!!.....memang mudah,kemas dan cepat...

                                                        (gambar ehsan google..)

cumanya saya tak lah beli alat ni,hanya handmade sahaja dengan menggunakan kotak kosong yg memang banyak dalam stor..bagi saya lebih baik buat sendiri dari membeli walaupun tak sekemas mana(hehe sebenarnya bajet jimat konon)


Ini hasil selepas menggunakan "mesin ajaib" saya ini :)

sebelum

                                             

selepas







sebelum..



selepas...




Jadi....saya cadangkan jika ibu2,wanita2 yg sibuk dengan tugasan harian dipejabat atau dirumah hingga kadang2 tidak sempat melipat baju,lebih baik gunakan alat ini krn ianya memudahkan,praktikal,kemas dan cepat :)...

(insyaallah di entri lain sya akn kongsikan "mesin ajaib" saya tu hehe)


(satu lagi cara melipat baju dengan mudah dan kemas)






Isnin, 5 Mei 2014

Home Organizing:Menyusun rak buku

Dah lama saya tak balik rumah ummi dan baba,bila balik terkejut tengok rak buku adik kesayangan agak berserabut dan tidak tersusun disebabkan dia sendiri pn sangat sibuk dan jarang balik..

Dan harini sepetang saya 'proseskan' rak buku adinda tersayang...bagi saya tidak kreatif tak apa,yg penting kemas dan tersusun dimana2 sahaja..

Teringat saya dalam satu hadis Rasulullah s.a.w :

image

Ertinya : “Diriwayatkan dari Malik Al Asy’ari dia berkata, Rasulullah saw. bersabda : Kebersihan adalah sebagian dari iman dan bacaan hamdalah dapat memenuhi mizan (timbangan), dan bacaan subhanallahi walhamdulillah memenuhi kolong langit dan bumi, dan shalat adalah cahaya dan shadaqah adalah pelita, dan sabar adalah sinar, dan Al Quran adalah pedoman bagimu.” (HR. Muslim)”

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa islam amat menitikberatkan kebersihan,dengan menjaga kebersihan ianya sudah menjadi sebahagian dari iman...jadi amat bermakna kebersihan dalam islam..





before...




                                                 keadaannya agak sadis skit heheh..


After....



                   


Cara susun saya tak seeolak dan sekreatif mana,cuma rasa kemas sikit dari sebelumnya hehe..










Decoration:Ilham dari Google

Assalamualaikum..


Terlalu banyak gambar hasil carian dari Google yg bagi saya boleh dijadikan contoh dan 
ilham untuk mendekorasi rumah ataupun pejabat.

Dan....saya diantara yg suka mengoogle dan menyimpan gambar2 tersebut utk dijadikan sumber 
inspirasi utk mendeko rumah..












Organizing Home:Membuat kotak untuk menyimpan tuala

Assalamualaikum..

Pada mulanya saya bercadang ingin membeli kotak atau bakul shja utk
menyusun tuala2 yg bersepah2 didalam almari....


Tapi bila tiba2 teringatkan kotak2 kosong dan besar yg masih tersimpan dalam stor,
Saya terus padamkan hasrat utk 'bersedekah' dikedai atau shopping mall dan cuba buat kotak sendiri..





menyediakan bahan2




 kotak dipotong mengikut saiz setiap penjuru




hampir siap....




finally!!..siap alhamdulillah (walaupn tidak sekemas mana)





Hasilnya.......









lebih jimat,murah, mudah juga mengikut saiz dan bentuk yg disukai walaupun agak kurang kemas..:)