nuffnang adds

Selasa, 20 Mei 2014

Tarbiyah : Kesan kecanggihan teknologi terhadap ukhwah dan silaturahim

Assalamualaikum...



harini saya jumpa kata-kata ni daripada Sheikh abdul Karim Omar Al-Fatani al-Makki...ianya sangat menyentuh hati saya...

Memang ini lah realiti yg berlaku kini.Semakin maju teknologi dunia semakin jauh manusia dari nilai kasih sayang dan ukhwah islamiah..

Benar!! teknologi tidak boleh dipersalahkan 100 peratus kerana ianya juga  telah banyak memberikan manfaat dan faedah kepada manusia..Namun apabila ianya disalahgunakan,akan memberikan kesan buruk bukan sahaja pada individu malah seluruh manusia sekelilingnya..

Teringat zaman kecil saya dahulu..Saat2 pulang ke kampung adalah saat2 yg amat dinantikan. Rasa tidak sabar bertemu saudara mara terutamanya sepupu sepapat..Main guli,masak2,beli2,congkak tanah,lawan lari,konda kondi,panjat pokok atuk adalah rutin wajib setiap kali pulang ke kampung..bertapa seronoknya ketika itu sambil melihat para ayah dan ibu sibuk menyembelih ayam dan kambing utk 'kenduri kecil' keluarga...

Sebelah malamnya,selepas mandi dan makan,anak2 berkumpul di anjung rumah sambil bercerita 'kisah fantasi' masing2..keadaan semakin gawat apabila ada bapa saudara yg tiba2 join tanpa diundang dengan membawa kisah2 hantunya dengan tujuan utk mengusik :)

Apabila tiba waktu berpisah,masing2 menangis kesedihan kerana sedih meninggalkan saudara masing2..Mula la menghitung waktu utk pulang ke kampung pd masa akan datang pula...


Namun....

Realiti sekarang tidak lagi sama seperti sekarang...Pulang ke kampung hanya selepas dipaksa oleh mak dan ayah...anak2 seusia 10 tahun sudah mempunyai tab masing2..Seusai sampai dikampung dan bersalaman,masing2 terus 'sibuk' dgn gadjet mereka.. hanya berkumpul didepan tv sambil sibuk menaip di tab tanpa menghiraukan org sekeliling,jauh sekali utk bermain congkak dan konda kondi..Nilai ukhwah,kasih sayang dan rindu semakin pudar hanya kerana sibuk melayan facebook,tweeter,wechat,wassaup dll,malah suasana 'gotong royong' didapur sudah semakin jauh dan pudar.Hanya para ibu yg sudah berginjak usia emas berhempas pulas didapur tanpa bantuan dari anak2 'dara' Terasa bagusnya apabila kartun upin dan ipin diperkenalkan kerana disitu banyak didedahkan suasana  yg semakin dilupakan kini..

Teknologi terkini tidak salah jika digunakan..namun jika tidak dikawal dengan sebaiknya akan memberikan kesan buruk yg besar pd manusia dan juga institusi kekeluargaan manusia...Ibu bapa sebenarnya harus memainkan peranan yg penting dalam mengawal penggunaan gadjet pd anak2 demi masa depan anak2 supaya dapat menilai dan merasai bertapa pentingnya nilai ukhwah dan silaturahim sesama manusia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan